Glossary entry

English term or phrase:

setting

Malay translation:

Tetapan

Added to glossary by Munirah Mahat
Oct 20, 2015 13:12
8 yrs ago
1 viewer *
English term

setting

English to Malay Tech/Engineering IT (Information Technology)
Saya lazim melihat istilah "setting" menjadi TETAPAN dalam bahasa Melayu untuk bidang teknologi maklumat, contohnya "telephone setting" menjadi TETAPAN TELEFON.

Dalam glosariKudoZ (soalan pada 2003), istilah SETING dipilih untuk bidang umum. Dalam prpm juga (komunikasi massa & kesusasteraan) ada menggunakan SETING.

Namun, menerusi soalan-soalan dalam khidmat nasihat DBP, istilah yang digunakan ialah PENGESETAN (terkini pada 2014).



Persoalannya di sini, istilah yang mana harus saya pilih. Saya mahu guna PENGESETAN, namun jarang sekali saya nampak istilah ini digunakan.


Mohon pandangan rakan semua. Terima kasih.
Proposed translations (Malay)
5 +5 Tetapan

Discussion

Munirah Mahat (asker) Oct 20, 2015:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=setting&d=10

Pihak DBP menetapkan pengesetan dalam bidang teknologi maklumat. Adakah perlu diabaikan sahaja pandangan DBP ini?
Munirah Mahat (asker) Oct 20, 2015:
Dalam konteks teknologi maklumat (IT) contohnya telekomunikasi, peranti dan perisian

Proposed translations

+5
24 mins
Selected

Tetapan

Sangat bergantung pada konteks. Contoh:

Telephone setting-tetapan telefon
Cast setting-pengesetan tuangan
Agenda setting-penetapan agenda
Setting the bubble-penentuan gelembung
Air setting-set udara
Oven setting-seting ketuhar

Satu istilah tidak boleh sama untuk semua konteks. Harap membantu.
Example sentence:

Selepas sepuluh minit, seting ketuhar itu hendaklah diturunkan ke 350 darjah.

Peer comment(s):

agree Mohd Imran Mohamad Yusoff @ Ali : Tetapan
24 mins
agree Rahayu Mohd Yusoff
40 mins
agree yam2u
1 hr
agree Mohd Hamzah
1 day 19 hrs
agree Cassius Duwin
3 days 5 hrs
Something went wrong...
4 KudoZ points awarded for this answer. Comment: "Terima kasih kepada semua yang memberi pandangan. Saya memilih istilah "tetapan" setelah mengambil kira pandangan di sini dan rujukan kepda guru-guru bahasa. Biarpun "tetapan" belum berada dalam kamus, penggunaannya sudah meluas. Tambahan pula, "pengesetan" tidak pernah diguna dalam konteks ini."
Term search
  • All of ProZ.com
  • Term search
  • Jobs
  • Forums
  • Multiple search